Siapa Abdullah Dihol?

Siapa Abdullah Dihol? Abdullah Dihol atau nama asalnya Dihol Linggawang dilahirkan pada 1906. Beliau adalah seorang pejuang yang tidak termasuk dalam mana-mana sejarah Sabah. Beliau digelar 'pejuang atau pahlawan senyap' menentang penjajahan negeri Sabah semenjak dari tahun 1930 hingga 1963 iaitu semasa pembentukan Malaysia. Ayah beliau, Linggawang adalah pengikut Mat Salleh sebelum tahun 1900.

Sunday, October 17, 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG ABDULLAH DIHOL

-
DIHOL BIN LINGGAWANG @ABDULLAH DIHOL BIN AWANG

LATAR BELAKANG
-
Abdullah Dihol bin Awang dilahirkan pada tahun 1906 di Kg Karanaan Ranau. Beliau memeluk agama islam pada 1930 dengan pengaruh dari rakan-rakannya dari Negara Brunei. Nama islamnya ialah Abdullah bin Awang. Semasa British masih menguasai Sabah, Abdullah Dihol bergaul dengan masyarakat islam dari Brunei melalui keanggotaannya dalam kumpulan 'bangsawan'. Kumpulan bangsawan ini amat popular sebelum adanya wayang gambar. Kumpulan bangsawan ini akan membuat persembahan lakonan di pentas-pentas menonjolkan bakat seni pertahanan diri atau silat dan seni muzik asli seperti accordian, gitar, biola, gendang, seruling, harmonika dan alat muzik yang tidak menggunakan letrik. Melalui pergaulan yang luas inilah maka Abdullah Dihol dan kumpulannya menjelajah ke seluruh Sabah, Brunei dan Sarawak mengadakan persembahan pentas sebagai hiburan masa itu. Dengan pergaulannya dengan masyarakat Brunei ini akhirnya Abdullah Dihol memeluk Islam pada tahun 1930.
-
Sebelum menganut islam, nama asalnya ialah Dihol bin Linggawang bin Yondar. Beliau mempunyai adik bernama Kuntagil, Situl, Dumpangol (Kadir) dan beberapa adik-adik perempuan. Beliau mempunyai keluarga yang ramai di Beaufort (Kampung Mampagar, Kg Muhibah, Kg Binunuk, Kg Pintas), di Keningau (Kampung Baginda, Kampung Liau, Kampung Kirokot Baru, Kampung Masaak, Kampung Masjid, Kampung Banjar, Kampung Pampang, Kampung Pamilaan, Kampung Bungaraya, Kampung Meninipir, Kg Tudan Baru) dan beberapa kampung di Tambunan (seperti Kampung Patau, Kampung Kipaku, Kampung Tunggaring, Kampung Kirokot, Kampung Katagayan, Kampung Narayat, Kampung Bambangan), di Ranau (Kg Karanaan, Kg Tudan, Kg Lohan, Kg Toboh), di Papar (Kampung Keletuan, Pekan Kinarut), di Kampung Berunai Mambakut, di Bongawan, di Kampung Malamam Sipitang, di Tenom (Kg Sumbiling, Kampung Jawa) dan saki-baki di Tawau, Semporna dan Lahad Datu.
-

4 comments:

  1. Hi saudara,

    Sudah lama saya mencari susur-galur Keluarga Dihol & Kuntagil.

    Saya dari Kg. Kirokot, Tambunan, sangat berbesar hati kalau anda dapat berhubung dengan saya...untuk pengetahuan, kami akan mengadakan hari keluarga ke-2, termasuk keluarga DIHOL yg dijangka pada bulan Jun 2011.

    email saya di smotulis@gmail.com

    Sekian dan terimakasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana melayari blog ini lebih2 lagi memberi email yg sangat berguna untuk komunikasi. Inilah salah satu tujuan saya menyediakan blog ringkas ini supaya keluarga kami yang bertebaran seluruh Sabah dapat dikenali. Rindu benar mau jumpa dengan keluarga semua yang sudah lama tidak ditemui. Moga2 kita dapat berjumpa. Salam untuk semua keluarga di Kirokot dan yang berada di luar Kirokot.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ... sy nak bertnya tuan adakah arwah Pahlwan kita mempunyai sepupu yg bernama Aki sekunir bin Kembarat ... terima kasih.

    ReplyDelete
  4. boleh bertanya siapa saudara mara di kg karanaan

    ReplyDelete